20160425

          LANEIGE -K BEAUTY

Hi Semua...Kebanyakan wanita diluar sana mesti mengimpikan kulit secerah, segebu,semulus mulus, bersinar bak kulit bayi kan..kan..kan..? hehehe ..Untuk yang tidak mengalami masalah kulit tidak menjadi satu kerisauan..Tapi bagi saya yang bakal menjengah usia 30 an (OMG dah nak masuk 3 SERIES..OHHH tidakkkkkk) , penjagaan kulit amatlah dititikberatkan..Tapi alhamdulillah saya tidak mengalami masalah kulit muka yang serius (ewww thanks God.hehhe)

Haa saya nak bagitahu sikit tentang produk penjagaan muka dari Korea ni. Sekarang produk nie dah makin famous di Malaysia. Tambah2 duta produk nya yang menjadi kegilaan ramai. Siapa tak kenal Song Hye-kyo kan..kan..kan..

Laneige telah memperkenalkan lima produk baharu di dalam rangkaian White Plus Renew iaitu White Plus Renew Capsule Sleeping Pack, White Plus Renew Original Cream, White Plus Renew Bubble Cleanser, White Plus Renew Skin Refiner dan White Plus Renew Emulsion.

Bahan utama rangkaian Laneige White Plus Renew adalah mengandungi Melacrusher, yang dipatenkan dengan teknologi bio-pencerah Laneige yang berfungsi untuk menggunakan melanin semula jadi kulit kita untuk memusnahkan melanin yang berlebihan dalam kulit melalui ransangan semula jadi badan manusia. Teknologi Melacrusher ™ yang kini lebih baik, selain dari mencerahkan kulit, ia juga mengurangkan pigmen merah, kuning dan coklat pada masa yang sama.




Antara produk di dalam rangkaian Laneige White Plus Renew

1. White Plus Renew Capsule Sleeping Pack, 3ml x 16 (RM110)
Cara Penggunaan: Campurkan kedua-dua tekstur sebelum diletakkan pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam pada keesokan harinya. Sapukan dua kali seminggu.

2. White Plus Renew Original Cream, 50ml (RM165)
Sesuai untuk kegunaan siang dan malam. Ia mengandungi sebatian aktif mencerah dan bahan-bahan pelembap yang serta-merta membentuk lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada tekanan luaran dan toksik. Krim tidak melekit ini menghidrat kulit kering yang menyebabkan tona kulit yang lebih cerah.
Cara Penggunaan: Ambil lebih kurang 0.4ml krim dan perlahan-lahan sapukan ke pipi, dahi, hidung, mulut dan leher. Digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit pagi dan malam.

3. White Plus Renew Bubble Cleanser, 150ml (RM90) 
Pembersih amino-asid  yang lembut dan mempunyai tekstur buih. Ia adalah sesuai untuk kulit yang sensitif dan memberikan kesan pelembap. Ianya berbuih dan menembusi ke liang kulit untuk mengurangkan pembinaan pigmen dan pada masa yang sama memutihkan kulit. Ia juga mengisi semula unsur  Natural Moisturizing Factor (NMF), Serine dan  Glycine yang mudah hilang dengan pembersihan yang kerap.
Cara Penggunaan: Pam pencuci sama ada sekali atau dua kali ke tapak tangan anda. Gosokkan sehingga berbuih dan urut perlahan-lahan ke muka. Selepas membilas dengan teliti, lapkan muka dengan kain bersih.

4. White Plus Renew Skin Refiner, 120ml (RM105)
Dirumus semula untuk memasukkan esen penting. Oleh itu, ia tidak lagi digunakan dengan hanya mengelap wajah menggunakan kapas, tetapi hanya perlu meletakkan terus pada wajah tanpa mengelap. Mudah bukan? Ia terdiri daripada zarah minyak botani paling kecil sekali yang diekstrak daripada tebu untuk penembusan segera ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang sisa-sisa melekit. Ia mempunyai kelikatan yang rendah dengan tekstur susu, yang akan segera meningkatkan ketelusan dan mencerahkan kesan kulit.
Cara Penggunaan: Pam kira-kira 1ml ke tapak tangan dan perlahan-lahan sapukan ke pipi, dahi, hidung, mulut dan leher. Digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda pada waktu pagi dan malam selepas pembersihan.


Siapa nak kulit secerah Song Hye-kyo angkat tangan cepatt..

Thanks Laneige sebab bagi cuba produk terkini. Siap dapat giveway untuk dibawa pulang kerumah lagi. Really excited sangat. (Dapat barang free siapa xmau..hehe)

                           Annyeong Haseyo

20160216

Tahun monyet Api

Tahun 2016 @ Tahun monyet Api menjadi unsur dominan untuk tahun ini.
Jadi saya ingin mengucapkan "Xin Nian Kuai Le" ��������

20160118

Mary Kay Botanical Effect

Hari ni saya nak share skincare yang hampir saya pakai hampir 9 Bulan ..Pada March 2015 saya diperkenalkan olek Kak Rokie,(Beuty Consultant Mary Kay) tentang produk ini. Pada mula nya belum percaya sebab memang tak akan suka dengan produk based on Botanical ni. Biasala yang kita fikir, clenser yang tak banyak buih tak dapat membersihkan muka kita. Lagi banyak foam, lagi bersih muka. Selepas mengikuti Kelas kecantikan Mary Kay, baru la saya tahu kebaikan & kelebihan apa itu Botanical Produk. Hehehehe. Walaupon kelas tu agak tidak paham apa. Yang best dapat mencuba sendiri produk Mary Kay di depan mata. Muahahahha..

Dengan rasminya selepas tamat kelas Mary Kay saya adalah pengguna setia Mary Kay. Cewahhh.. Apa lagi beli la 1 set Mary Kay Botanical 4 Barang dengan harga RM242.00 (Masa tu dia buat sales kot sebab nak promote untuk pengguna baru). Siap dapat free givr Foundation & tissue( Khas digunakan semasa mencuci muka).

Alhamdulillah kulit saya pula jenis xada masalah (Choii mintak jauh2 la), so bila menjadi pengguna setia Mary Kay ni, xada la masalah  lagi yang teruk guna. Terutama Cik J. Muahahahha.



Nahh, belanja produk Mary Kay saya. Hehehhehe
Update skin review Mary Kay Produk

So u all yang nak cuba produk Mary Kay actually banyak sangat agent & beuty consultant yang menjualnya tapi make sure berdaftar la. Yang ada sekita KL & Selangor boleh pergi direct HQ

di T1-8-1, Eight Floor, Jaya 33, No. 3, Lot 33, Jalan Semangat, Seksyen 13, 46100, Petaling Jaya, Selangor




Yang best tentang Mary kay ni dia tahan lama sampai 6 bulan. Melaninkan anda berkongsi dengan kawan..hahahha :p

Sekian Terima Kasih




20160114

Dermatix - Tidak Perlu Berselindung Lagi

Assalamualaikum & Good Morning Sunshine...

Hari ni nak buat review pasal krim parut DERMATIX. 

Mungkin ramai yang tertanya- tanya benda apa tu Dermatix. Kalau yang sudah biasa dengan cela @ parut, pasti tahu apa itu Dermatix & berkesan ke benda tomey ni. hehehhe..

Apa itu  DERMATIX.  ?

Dermatix adalah gel topikal terbaru yang digunakan dan direkomendasikan oleh para ahli bedah ,dermatologis dan obgyn terkemuka di dunia, untuk mengatasi bekas luka menonjol. sudah terbukti secara klinikal menyamarkan dan meratakan bekas luka menonjol , serta menghilangkan gatal dan ketidaknyamanan.

Sesiapa yang ada parut degil ke, parut2 manja ke, sangat sesuai guna Dermatix ni sebab ianya boleh mnghilangkan parut pada badan kita. 

Haa nak belanja sikit yang dapat free semalam.Heeee


Boleh didapati dalam packing 10g & 15g. Boleh didapati disemua farmasi kesihatan, Watson & Guardian yang berdekatan anda. Harga untuk saiz paling kecik rasanya rm59.00 & yang 15g pula RM69.00. Tapi kebanyakan farmasi ada je harga lagi murah. Sebab apa tak tahu. Hehehhe..

Sekian Terima Kasih

20160108

Nano White Miracle Mist

Assalamualaikum & selamat pagi malaysia..Good Friday..Memandangkan pagi ni cuaca cerah & baik,so mood i pun macam tu la juga..
Nk share 1 produk tapi 9 in 1..semua ada hanya.dalam semburan. NANO WHITE FRESH MIRACLE MIST.

Haa 1 lagi poduk terbaru nano white sangat sesuai untuk remaja terutamanya yang nak nampak segar sentiasa.. Antara kebaikannya seperti:

1. Minimise appearance of pores
2. Refine pores
3. Brighten Skin
4. Reduce excess sebum
5. Reduce acne
6. Restore skin balance
7. Soothe acne-prone skin
8. Refresh tired skin
9. Hydrate skin for fresh,bright & radiant skin

Haaa amik kau banyak sekali benefit dia. Botol dia pun comel je. Mudah didapati mana2 watson @ Guardian.

Hari tu masa cek tengah beli,ada sales..apa lagi grab la..Tak silap rm14.90 ja..Harga asal 16.90. Save rm2 kau..

20160106

Selamat Tahun baru 2016, Azam Baru

Assalamualaikum dan salam muahhh ciked.. Ini ialah entri pertama bagi tahun 2016 . Baru sekarang la nak coret, bukan tak ada masa tapi tidak berkesempatan & loss idea konon2 nya..hahaha.


Selamat Tahun Baru 2016

Saya tak adalah nak sambut sangat tahun baru. Siap tidur awal lagi sebab mengamtuk..Muahahahhha...Apa pun doakan tahun 2016 tahun yang baik untuk semua.Azam tahun 2015 tak pernah update, so 2016 nak la jugak gedik2 update apa azamnya kan..

Amik kau list tahun 2016 :

1. Nak Kahwin
2. Tambahkan Aset untuk diri sendiri
3. Pergi Holiday luar Malaysia
4. Maintainkan berat badan idea 
5. Happykan Keluarga
6. Lebihkan amal jariah

Apapun tahun 2015 adalah tahun yang banyak kenangan yang mengembirakan dan menyedihkan. Dah nama pun kehidupan kan. Kalau tak ada cabaran & pancaroba bukan namanya kehidupan. Cewahhh..Kelas Kau Mari..


Sekian Terima Kasih


20151223

Sushi King


Haaa saja ja nak Habaq..First time cek makan Sushi King..Hehehe..Rupanya not bad jugak.sedappppp...Selama ni rasa nak makan sushi ja,beli yang dah pack siap kat Aeon Jusco ja..

Nextime nak.makan sushi King boleh ajak my Bf g makan..

Belanja.sikit picture kami..